Perlu pindaan akta untuk usir pendatang asing dari rumah kos rendah, kata exco Pulau Pinang


Looi Sue-Chern

PULAU Pinang menggesa kerajaan persekutuan untuk meminda Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 untuk mengharamkan penyewaan rumah kos rendah dan sederhana kepada pekerja asing.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, dan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Jagdeep Singh Deo berkata ketika ini tiada undang-undang menghalang penyewaan rumah perumahaan murah kepada orang asing.

Kerana itu, pengusiran pekerja asing dari rumah jenis itu tidak boleh dilakukan dengan berkesan, katanya.

Cara terbaik untuk mengatasi masalah itu menurut peguam yang jadi exco negeri itu adalah dengan meminda undang-undang persekutuan untuk semua perjanjian jual beli (S&P) antara pemaju dan pembeli rumah termasuk meletakkan sekatan di dalamnya.

Sekarang, semua dokumen S&P adalah standard tanpa mengira jenis skim perumahan. – 11 Jun, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen