Masyarakat Islam Austria kutuk penutupan masjid


Masjid Nizam-I Alem Ocagi di Vienna antara tujuh masjid yang diarah ditutup oleh Austria pada Jumaat lepas. – Gambar EPA, 11 Jun, 2018.

GABUNGAN utama masyarakat Islam Austria (IGGiOe) semalam mengutuk tindakan Vienna mengumumkan menutup tujuh masjid dan akan mengusir imam yang dibiaya Turki.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu telah mengkritik tindakan Vienna sebagai anti Islam.

“Vienna mahu menjejaskan masyarakat agama,” kata Presiden IGGiOe, Ibrahim Olgun.

Olgun berkata dasar itu “tidak sesuai untuk mengawal Islam dalam bentuk politik dan akan melemahkan struktur dalam masyarakat Islam di Austria”.

Kerajaan Austria tidak memberi sebarang “justifikasi objektif” atas penutupan itu.

Olgun juga mengkritik kerajaan kerana tidak terlebih dahulu memaklumkan gabungan itu mengenai tindakan penutupan tersebut dan mengumumkannya pada Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan.

“Penyelesaian perlu dilakukan bersama di meja bulat dan bukannya secara sepihak sahaja dengan membelakangkan minoriti Islam,” kata IGGiOe, yang akan mengaudit sendiri masjud dan kakitangan yang terjejas akibat polisi itu sebelum meminta satu pertemuan dengan kementerian kebudayaan.

Jumaat lalu Vienna mengumumkan ia akan menutup tujuh masjid kerana melanggar peraturan 2015 yang mewajibkan “sikap positif terhadap negeri dan masyarakat”. Beberapa orang imam juga dituduh menyebarkan dakwah mengenai Islam radikal. – AFP, 11 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen