Aktivis Hong Kong dipenjara 6 tahun


Edward Leung, 27, disabitkan kesalahan merusuh kerana terlibat dalam pertempuran dengan polis pada 2016. – Gambar AFP, 11 Jun, 2018.

AKTIVIS utama kemerdekaan Hong Kong dipenjara enam tahun pada Isnin kerana penglibatannya dalam salah satu protes paling ganas berlaku di bandar itu.

Edward Leung, 27, disabitkan kesalahan merusuh kerana terlibat dalam pertempuran dengan polis pada 2016 apabila penunjuk perasaan membaling batu bata dan membakar sampah di kawasan komersial Mong Kok. – AFP, 11 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen