Jet tentera AS terhempas di pantai Jepun


Tiada pengesahan segera dari kementerian pertahanan Jepun atau tentera Amerika Syarikat mengenai kejadian tersebut. – Gambar fail AFP, 11 Jun, 2018.

SEBUAH jet pejuang F15 Amerika Syarikat (AS) terhempas di pantai selatan Jepun pada Isnin, lapor media tempatan. Laporan menyebut juruterbang berjaya diselamatkan oleh tentera Jepun.

Tiada pengesahan segera dari kementerian pertahanan atau tentera AS mengenai kejadian tersebut bahawa ia sedang mengumpulkan maklumat.

Menurut agensi berita Kyodo, jet itu adalah milik Pengkalan Udara Kadena AS dan ia terhempas pada awal pagi Isnin kira-kira 80km di selatan Naha, yang terletak di selatan pulau Okinawa di Jepun.

Stesen tv Jepun, NHK berkata juruterbang jet itu mengalami patah kaki.

Kadena adalah pengakalan udara AS terbesar di Jepun yang menempatkan kira-kira 47,000 tentera ASdi bawah sekutu keamanan sejak sedekad lalu.

Satu siri kemalangan melibatkan pesawat tentera AS menibulkan ketegangan dan Setiausaha Pertahanan AS James Mattis pada Januari telah meminta maaf kepada Jepun mengenai kejadian berkenaan.

Kemalangan itu termasuk pendaratan cemas helikopter tentera AS, badan helikopter terjatuh di kawasan sekolah Jepun dan kemalangan maut sebuah MV-22 Osprey pada tahun lepas hingga memaksa satu operasi menyelamat besar-besaran dijalankan.

Penduduk Okinawa yang menjadi tuan rumah bagi sebahagian besar pasukan tentera AS di Jepun, membantah penempatan Ospreys yang menyebabkan kemalangan yang berulang.

Selain itu, beberapa kejadian rogol, serangan serta kemalangan langgar lari dan akibat pemanduan mabuk oleh anggota tentera AS juga menyebabkan peduduk mengadakan bantahan di Okinawa. – AFP, 11 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen