ARAB Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait menawarkan bantuan AS$2.5 bilion kepada Jordan bagi mengurangkan kesan krisis ekonomi susulan protes anti penjimatan yang dilakukan di negara itu, lapor media Arab Saudi pada Isnin.
“Kerana ikatan persaudaraan yang rapat…dipersetujui yang tiga negara akan menyediakan bantuan ekonomi kepada Jordan berjumlah AS$2.5 bilion,” kata Agensi Berita Saudi itu. – AFP, 11 Jun, 2018.
Komen