11 orang awam terbunuh dalam serangan bom di Syria 


Orang awam berjalan di kawasan runtuhan akibat serangan bom kumpulan pemberontak di Idlib.– Gambar EPA, 10 Jun, 2018.

11 orang awam di Syria terbunuh dalam serangan terbaharu pada Ahad, kata kumpulan pemerhati.

Serangan bom berkenaan disasarkan ke kawasan bandar dan perkampungan di wilayah Idlib, yang kebanyakannya dikuasai oleh pelbagai kumpulan pejuang dan pemberontak. 

“Sembilan orang awam, termasuk tiga kanak-kanak, terbunuh dalam serangan di bandar Taftanaz,” kata Pemerhati Hak Asasi Syria yang berpangkalan di Britain. 

Ketua kumpulan pemerhati Rami Abdel Rahman berkata, serangan itu turut mengenai kawasan berhampiran hospital kanak-kanak menyebabkan operasinya terhenti. 

Dua lagi orang awam, termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dalam satu lagi serangan di kawasan berhampiran. 

Serangan udara dilancarkan sehari sebelum kumpulan Al-Qaeda melancarkan serangan di Fuaa dan Kafraya, dua perkampunan yang dikawal rejim.

Sabtu lalu, Hayat Tahrir al-Sham dan sekutunya Fuaa dan Kafraya bertembung dalam peperangan dengan pejuang tempatan.

“Ini merupakan serangan terburuk dalam tempoh tiga tahun,” kata Abdel Rahman. – AFP, 10 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen