Singapura hantar pulang 2 kakitangan media Korea Selatan 


Pengamal media berkumpul di perkarangan sebuah hotel di Singapura yang akan menempatkan dua pemimpin terkenal dunia itu sempena sidang kemuncak Amerika Syarikat dan Korea Utara. – Gambar EPA, 10 Jun, 2018.

DUA kakitangan media Korea Selatan dihantar pulang selepas ditahan kerana memasuki kediaman duta Korea Utara tanpa kebenaran di Singapura, kata polis pada Ahad.

Kira-kira 3,000 wartawan ke Singapura untuk melaporkan sidang kemuncak bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada Selasa. 

Singapura terkenal sebagai sebuah negara yang tegas dalam penguatkuasaan peraturan dan undang-undang, manakala media Korea Selatan terkena dengan kegigihan mereka.

Dua lelaki kekitangan media berkenaan masing-masing berusia 42 dan 45 tahun yang bertugas di Korean Broadcasting System (KBS) News, ditahan pada Khamis dan dituduh menceroboh.

Mereka diberikan “amaran keras” sebelum digugurkan pada Sabtu, kata polis dalam satu kenyataan selepas pemimpin Korea Utara Kim mendarat di bandar negara itu.

Dua lagi daripada mereka—seorang kakitangan KBS dan penterjemah kumpulan itu—didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan. 

Kawalan keselamatan diperketatkan untuk sidang kemuncak itu, yang mana sebahagian besar kawasan di negara itu ditutup. 

Polis turut mengulangi amaran mereka kepada wartawan yang melanggar undang-undang Singapura “tidak akan diakreditsasi, walaupun tidak dapat membuat liputan sidang kemuncak antara Amerika Syarikat dan Republik Korea Utara.” – AFP, 10 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen