Bintang Bollywood mohon maaf adegan pengganas Hindu dalam 'Quantico'


Bintang Bollywood Priyanka Chopra memohon maaf pada Ahad selepas menerima kecaman orang ramai berhubung rancangan bersiri televisyen AS yang memaparkan watak lakonannya mendedahkan satu rancangan keganasan oleh nasionalis India beragama Hindu. – Gambar AFP, 10 Jun, 2018.

BINTANG Bollywood Priyanka Chopra memohon maaf pada Ahad selepas menerima kecaman orang ramai berhubung rancangan bersiri televisyen AS yang memaparkan watak lakonannya mendedahkan satu rancangan keganasan oleh nasionalis India beragama Hindu.

Rancangan siri TV bertajuk “Quantico” itu memaparkan watak yang dimainkan Chopra, seorang agen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) bernama Alex Parrish, yang menggagalkan rancangan keganasan itu dan mengenal pasti salah seorang daripada pengganas tersebut memakai tasbih Hindu.

Pengganas tersebut cuba menyalahkan seorang warga Pakistan atas serangan yang dirancang menjelang sidang kemuncak di Kashmir, wilayah Himalayan yang menjadi pertikaian antara India dan Pakistan.

Kashmir menjadi sumber ketegangan sejarah antara kedua-kedua negara jiran bersenjata nuklear itu yang sudah berperang dua kali berkenaan wilayah tersebut.

Episod itu, yang disiarkan pada 1 Jun, mencetuskan kemarahan di India dengan ramai peminat menggunakan platform media sosial untuk “memalukan” pelakon kelahiran India dan memanggilnya sebagai “pengkhianat”. – AFP, 10 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen