PERDANA Menteri Singapura Lee Hsien Loong akan mengadakan pertemuan berasingan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald J Trump ketika mereka melawat republik itu untuk sidang kemuncak.
Menurut Kementerian Luar Negeri Singapura, Lee akan mengadakan pertemuan dengan Kim hari ini manakala Trump pada hari berikutnya.
Trump dan Kim akan mengadakan sidang kemuncak pertama AS-Korea Utara di Singapura pada hari Selasa.
Sidang kemuncak yang akan berlangsung di Hotel Capella di Pulau Sentosa Singapura, dijangka bermula pukul 9 pagi.
Sidang kemuncak ‘damai nuklear’ itu diadakan berikutan hubungan tegang antara Pyongyang dan Washington apabila Korea Utara melancarkan beberapa siri ujian nuklear tahun lepas.
Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Singapura K Shanmugam dilaporkan berkata bahawa sememangnya Singapura berminat untuk menyumbang kepada proses damai dengan menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak Trump-Kim.
“Tentera Amerika di Korea Selatan. Dan, dengan jelas, Amerika Syarikat adalah negara nuklear. Anda mempunyai kebuntuan antara Amerika Syarikat dan Republik Demokratik Rakyat Korea, dan anda mempunyai Korea Selatan dan Jepun yang dalam kerisauan
“Ini adalah satu tempoh ketegangan dan anda mempunyai China yang sememangnya mempunyai kepentingan, jika ada sebarang kejadian, ia akan memudaratkan seluruh dunia, khususnya Asia. Kami akan terjejas teruk,” katanya. – Bernama, 10 Jun, 2018.
Komen