Lelaki maut terjun dari bumbung Masjidil Haram


Seorang jemaah lelaki maut apabila terjun dari bumbung Masjidil Haram di Mekah. Pihak polis sedang menyiasat punca dan bagaimana kejadian itu berlaku. – Gambar AFP, 9 Jun, 2018.

SEORANG lelaki bertindak membunuh diri dengan terjun dari atas bumbung Masjidil Haram di bandar suci Islam di Mekah, kata polis Arab Saudi pada Sabtu.

“Warga asing itu terjun dari bumbung Masjidil Haram di Mekah ke laman di bawah, dan menyebabkan kematian serta merta,” kata agensi berita negara SPA yang memetik polis.

Perbuatan yang jarang terjadi itu bukanlah yang pertama seumpamanya berlaku di Mekah, kota paling suci dalam Islam - seperti agama monoteistik lain, ia melarang bunuh diri.

Jenazah dibawa ke hospital untuk dilakukan siasatan “untuk menentukan identiti mangsa, apa yang menyebabkan perbuatannya dan bagaimana dia dapat bertindak demikian walaupun terdapat pagar besi,” kata SPA.

Tahun lalu, seorang lelaki Arab Saudi cuba membakar dirinya di depan Kaabah tetapi dihentikan oleh pasukan keselamatan.

Setiap tahun, jutaan jemaah dari seluruh dunia ke Mekah dan Madinah, tapak suci kedua Islam, terletak di barat Arab Saudi. – AFP, 9 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen