DUA tentera terbunuh dan yang lain diculik hari ini selepas anggota militan menyerang pangkalan tentera di utara Mali, kata seorang pegawai tempatan dan penduduk kepada AFP.
“Kira-kira pukul 5 petang, militan menyerang kem tentera di Bintagoungou,” beberapa 80km dari Timbuktu, kata pegawai itu.
“Sekurang-kurangnya dua askar terbunuh dan yang lain diculik. Semua barangan di kem tentera digeledah,” katanya.
Seorang penduduk berkata “tiada tentera Mali kelihatan – kem sudah dihancurkan. Anggota militan pergi bersama tebusan tentera.”
Sumber pihak tentera mengesahkan serangan itu kepada AFP tanpa memberi sebarang maklumat.
Utara Mali terus bergolak dengan serangan militan dengan empat orang terkorban dalam serangan ke atas pasukan pengaman PBB berhampiran pangkalan mereka di Kidal awal bulan ini.
Group to Support Islam and Muslim, juga dikenali sebagai Jamaah Nusrat al-Islam wal-Muslimin, gabungan tiga kumpulan mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda yang ditubuhkan pada Mac, bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Diketuai Malian Iyad Ag Ghaly, bekas pemimpin Ansar Dine Islamist, kumpulan itu mendakwa melakukan pelbagai serangan ke atas pasukan dalam dan luar negara sejak ia ditubuhkan, termasuk terhadap 12,000 anggota pasukan PBB MINUSMA.
MINUSMA mula beroperasi pada 2013 yang menyediakan jaminan kepada dan membantu tentera Mali di kawasan yang jatuh ke kumpulan militan dikaitkan dengan Al-Qaeda pada Mac 2012.
Walaupun campur tangan tentera Perancis yang dipimpin tahun berikutnya menyebabkan kumpulan keluar dari bandar utama, mereka sejak itu tersebar jauh ke selatan Afrika Barat yang bermasalah.
Pergolakan berterusan walaupun perjanjian damai 2015 antara kerajaan dan pemberontak diketuai Tuareg menawarkan separa autonomi di utara. – AFP, 17 Jun, 2017.
Komen