PERMOHONAN Petronas di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan pengisytiharan hak mutlak ke atas semua sumber petroleum di seluruh negara, termasuk di Sarawak menjadi sumber politik kepada dua parti yang merebut sokongan orang Cina- DAP dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).
DAP dan kerajaan negeri masing-masing mendakwa tiada pihak yang berbuat apa-apa berkaitan saman itu selain tindakan kedua-duanya hanyalah retorik politik untuk meraih sokongan.
Semalam, Pakatan Harapan Sarawak dan Pengerusi DAP Chong Chieng Jen mengecam mesyuarat antara Ketua Menteri Abang Johari Openg bersama peguam daripada Persatuan Peguam Sarawak (ASS) menyifatkannya sekadar “stunt politik”.
Peguam yang terlibat melaporkan hasil mesyuarat itu adalah sebuah pasukan petugas khas akan dibentuk bagi membantuk kerajaan negeri dalam saman Petronas serta melawan perjuangan mendapatkan kembali hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang terhakis.
Bagaimanapun, Chong mengatakan mesyuarat itu satu penipuan kerana tiada pegawai Jabatan Peguam Negara atau Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak hadir menyebabkan peguam hadir tidak tahu hujung pangkal tentang rancangan kerajaan negeri untuk mencabar permohonan Petronas. – 9 Jun, 2018.
Komen