Indonesia ahli baharu Majlis Keselamatan PBB


Menteri luar dari Belgium, Republik Dominica, Jerman, Indonesia dan Afrika Selatan bergambar di PBB di New York, semalam. – Gambar AFP, 9 Jun, 2018.

PERHIMPUNAN Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memilih Belgium, Republik Dominica, Jerman, Indonesia dan Afrika Selatan untuk berkhidmat sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan untuk penggal dua tahun, mulai Januari depan.

Semua 193 negara ahli PBB mengundi kecuali tiga negara. Jerman dan Republik Dominika masing-masing mendapat 184 undi. Afrika Selatan mendapat 183 undi, Belgium 181 undi dan Indonesia mendapat 144 undi.

Majlis Keselamatan PBB mempunyai 15 keahlian termasuk lima ahli tetap iaitu Britain, China, Perancis, Russia dan Amerika Syarikat (AS) selain 10 ahli tidak tetap yang mana separuh daripadanya dipilih setiap tahun.

Setiap calon negara ahli perlu meraih dua per tiga undi untuk mendapat kerusi dalam majlis itu. – AFP, 9 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen