Chef selebriti Anthony Bourdain mati bunuh diri


Anthony Bourdain ditemui tergantung oleh rakannya di sebuah bilik hotel di Perancis. – Gambar AFP, 8 Jun, 2018.

CHEF selebriti dan personaliti tv antarabangsa, Anthony Bourdain meninggal dunia hari ini. 

CNN melaporkan Bourdain, 61, ditemui mati tergantung oleh rakannya, Eric Ripert di sebuah bilik hotel di Perancis.

Ini adalah kejadian bunuh diri kedua dalam masa seminggu melibatkan selebriti antarabangsa. Selasa lalu, pereka fesyen Amerika Syarikat, Kate Spade juga ditemui mati kerana membunuh diri.

“Dengan rasa sedih yang teramat, kami mengesahkan kematian sahabat dan rakan sekerja kami, Anthony Bourdain,” menurut kenyataan CNN hari ini.

Bourdain berada di Perancis untuk merakam episod akan datang siri terbitan CNN, Parts Unknown.

Menurut The Straits Times, Bourdain pernah menulis buku “Kitchen Confidential: Adventures in the Culinary Underbelly” pada 2000.

Sebelum menyertai CNN pada 2013, Bourdain menjadi pengacara program televisyen di Food Network dan Travel Channel. – 8 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen