Kes rasuah Jacob Zuma ditangguh


Bekas presiden Afrika Selatan Jacob Zuma berkata seseorang tidak bersalah sehingga mahkamah mengatakan demikian. – Gambar AFP, 8 Jun, 2018.

BEKAS presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma muncul di mahkamah pada Jumaat bagi perbicaraan rasuahnya dan mempersoalkan mengenai kos mahkamah yang tinggi. 

Beribu penyokong Zuma berhimpun di depan bangunan mahkamah tinggi, melaungkan namanya dan menyanyikan lagu-lagu perjuangan anti apartheid sambil membawa bendera yang tertera gambar bekas presiden itu.

“Kami tak takut menghadapi kes ini,” Zuma memberitahu penyokongnya.

“Seseorang tidak bersalah sehingga mahkamah mengatakan demikian.”

Zuma, 76, yang dipaksa meletak jawatan pada Februari, dihadapkan dengan 16 pertuduhan rasuah yang dikaitkan dengan perjanjian senjata sebelum beliau dilantik sebagai presiden dan dijangka dibicarakan sebelum November.

Beliau dituduh menerima rasuah dari pembuat senjata dari Perancis, Thales bagi kontrak bernilai beberapa bilion dolar semasa menjadi menteri ekonomi wilayah dan sebagai timbalan presiden ANC.

Thales yang membekalkan senjata kapal tentera laut sebagai sebahagian daripada perjanjian itu turut dikenakan tuduhan rasuah. – AFP, 8 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen