Austria bakal usir 60 imam, tutup 7 masjid


Menteri Dalam Negeri Austria Herbert Kickl berkata seramai 150 orang juga berisiko kehilangan hak untuk menetap di negara itu susulan siasatan terhadap individu dan masjid dibiayai Turki. – Gambar EPA, 8 Jun, 2018.

AUSTRIA akan mengusir sehingga 60 imam yang dibiayai Turki dan keluarga mereka sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap “politik Islam”, kata Menteri Dalam Negeri Herbert Kickl.

“Lingkungan individu yang mungkin terjejas oleh langkah ini - jumlah yang kita maksudkan - terdiri daripada kira-kira 60 orang imam,” kata Kickl, sambil menambah sejumlah 150 orang berisiko kehilangan hak mereka untuk tinggal di sana.

Tujuh masjid juga akan ditutup selepas siasatan oleh pihak berkuasa agama berhubung gambar kejadian pada April apabila beberapa orang kanak-kanak di sebuah masjid yang dibiayai Turki berpura-pura mati dan melakonkan semula pertempuran Perang Dunia I di Gallipoli. – AFP, 8 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen