KOMANDER tentera Amerika Syarikat (AS) dan Rusia bakal mengadakan pertemuan di Helsinki pada Jumaat, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pasukan pertahanan Finland pada awal Khamis.
Bagaimanapun, maklumat berhubung tujuan pertemuan itu tidak didedahkan.
Inisiatif untuk mengadakan pertemuan itu datangnya dari Rusia dan AS manakala Finland, meskipun mengaturkan pertemuan itu, enggan mengambil bahagian.
Delegasi AS akan diketuai Jeneral Joseph F. Dunford Jr. manakala delegasi Rusia oleh Jeneral Valery Gerasimov.
Kedua-dua komander juga akan bertemu, secara berasingan, Presiden Finland Sauli Niinisto dan Jeneral Jarmo Lindberg, yang merupakan komander pasukan pertahanan negara itu. – Bernama, 7 Jun, 2018.
Komen