AFGHANISTAN pada Khamis mengumumkan gencatan senjata dengan Taliban untuk menyambut Aidilfitri, namun operasi terhadap kumpulan lain eperti IS masih diteruskan.
Gencatan senjata itu bermula daripada 27 Ramadan hingga hari kelima Aidilfitri,” kata Presiden Ashraf Ghani menerui Twitter dan menyebut ia boleh dijalankan daripada 12 Jun hingga 19 Jun.
Namun tidak dapat dipastikan sama ada Taliban bersetuju dengan gencatan senjata. Jurucakap kumpulan militan itu memberitahu AFP mereka “sedang memeriksa dengan pegawai kerajaan” berhubung pengumuman itu.
Langkah itu dibuat beberapa hari selepas pertemuan ulama di Kabul yang mengeluarkan fatwa berhubung serangan dan bom bunuh diri.
Sejam selepas fatwa itu dikeluarkan, pengebom bunuh diri melancarkan serangan di luar perhimpunan itu menyebabkan tujuh orang terbunuh.
Ghani berkata kerajaannya menyokong seruan ulama berkenaan.
“Kerajaan Afghanistan bukan sahaja menyokong fatwa yang dimumkan ulama, tetapi juga menyokong gencatan senjata yang dicadangkan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya. – AFP, 7 Jun, 2018.
Komen