AHLI Majlis Tertinggi Bersatu Kadir Jasin, yang kini disiasat oleh polis berhubung dakwaan fitnah mengenai perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong, berkata pihak berkuasa bebas untuk bercakap dengan sesiapa sahaja.
Wartawan veteran itu berjata setakat ini belum ada mana-mana pihak yang menghubunginya berkenaan perkara itu.
“Saya masih belum terima apa-apa panggilan mengenai posting saya. Mungkin mereka tak ada nombor saya,” katanya kepada The Malaysian Insight hari ini.
Terdahulu hari ini Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata Kadir akan disiasat kerana fitnah dan menyalahgunakan kemudahan rangkaian berhubung posting di blognya mengenai perbelanjaan oleh YDPA.– 7 Jun, 2018
MENYUSUL
Komen