99 mati gunung berapi Guatemala meletus


Pakar pada Rabu memberi amaran hujan lebat di gunung berapi Fuego di Guatemala boleh mencetuskan lebih banyak runtuhan kerana aliran lahar yang banyak sejak letusan pada Ahad. – Gambar AFP, 7 Jun, 2018.

LETUPAN dari gunung berapi Fuego di Guatemala semalam, membawa lahar dan asap tebal, menyebabkan jumlah kematian setakat ini meningkat kepada sekurang-kurangnya 99 orang.

Ramai bimbang gunung berapi setinggi 3,763 meter itu akan meletus lagi menyebabkan pekerja penyelamat terpaksa menghentikan tugas sementara sejak letupan pada Ahad lalu menenggelamkan keseluruhan kampung di bahagian selatan.

Agensi Sains Forensik Negara dalam satu laporan berkata rumah mayat menerima 99 mangsa yang terbunuh daripada letusan itu.

Setakat ini, hanya 28 dapat dikenal pasti, katanya.

“Kami ada pangkalan data dengan nama dan lokasi di mana ada laporan orang hilang dan jumlahnya 192,” kata ketua agensi pengurusan bencana Guatemala, Sergio Cabanas.

Pakar pada Rabu memberi amaran hujan lebat di kawasan itu boleh mencetuskan lebih banyak runtuhan kerana aliran lahar yang banyak sejak letusan pada Ahad.

Pakar gunung berapi merekodkan letusan berlaku beberapa kali dalam tempoh sejam pada Rahu, yang menyebabkan berlakunya asap kelabu setinggi 4,700 meter. – AFP, 7 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen