Hasrat Qatar sertai Nato ditolak


Qatar yang kini terasing di rantau Teluk selepas empat negara jirannya memutuskan ikatan diplomatik. – Gambar AFP, 5 Jun, 2018.

NATO pada hari Rabu menolak hasrat Qatar untuk menyertai pakatan tentera barat itu, mengatakan keahliannya hanya terbuka untuk Amerika Syarikat dan Eropah.

Ia sebagai menjawab kenyataan menteri pertahanan Qatar pada Selasa yang “cita-cita” strategik jangka panjang negara itu adalah untuk sertai Nato.

“Menurut Perkara 10 Treati Washington, hanya negara Eropah boleh sertai Nato,” kata pegawai pakatan 29 negara itu kepada AFP.

“Qatar adalah sekutu berharga dan lama Nato,” katanya lagi.

Berucap pada ulang tahun kemelut diplomatik antara negara Teluk yang menyebabkan Qatar terasing daripada bekas sekutu rantaunya, Menteri Pertahanan Khalid bin Mohamed Al-Attiyah mengatakan Qatar mahu jadi ahli penuh Nato.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika situasi tegang masih wujud di rantau itu.

Pada 5 Jun 2017, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Arab Saudi dan Mesir memutuskan ikatan diplomatic dengan Qatar, menuduh negara kecil itu menyokong keganasan dan Iran.

Empat negara itu menyingkirkan Qatar dan satu-satunya sempadan darat negara itu dengan Arab Saudi sudah ditutup sejak tahun lepas.

Usaha diplomatik memulihkan hubungan antara negara di rantau paling stabil di dunia Arab itu dahulu masih lagi tidak berjaya. – AFP, 5 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen