MCA bakal hilang ramai ahli


Liow Sze Xian

Ramai ahli MCA di negeri bekas kubu Barisan Nasional mengalami masih terkejut dengan perubahan kerajaan persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Jun, 2018.

PARTI kedua terbesar Barisan Nasional (BN) berisiko kehilangan ahlinya susulan prestasi pilihan raya terburuk dalam sejarah dan kehilangan kuasa persekutuan.

Hampir tiga minggu selepas Pilihan Raya Umum ke-14, 170 anggota MCA Sungai Udang di Melaka termasuk bekas ketua kampung keluar parti untuk menyertai PKR, menyatakan keyakinan mereka terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) baharu yang diketuai Dr Mahathir Mohamad.

“Sudah tentu ada orang yang mahu keluar daripada parti selepas kita menjadi parti pembangkang, (kerana) peruntukan akan terjejas,” kata Ketua MCA Pandan Leong Kok Wee memberitahu The Malaysian Insight.

Leong berkata ini adalah kali pertama ramai ahli MCA di negeri bekas kubu BN mengalami perubahan dalam kerajaan: “Mereka masih terkejut.”

BN hanya berjaya mempertahankan Perlis, Pahang dan Sarawak, selepas pilihan raya 9 Mei yang menyaksikan PH berkuasa di Putrajaya dan bekas kubu BN termasuk Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Memandangkan ahli parti hilang akses kepada persekutuan, peruntukan negeri, exco negeri, ahli majlis tempatan dan pelantikan ketua kampung, lebih ramai mungkin keluar daripada MCA tetapi Leong enggan membuat spekulasi mengenai bilangannya.

Parti itu mempunyai 1.1 juta ahli. Ia hampir dihapuskan dalam PRU14 dengan hanya memenangi satu kerusi persekutuan dengan margin 303 undi dan dua kerusi negeri.

Dalam pilihan raya sebelumnya, parti itu memenangi tujuh kerusi persekutuan dan 11 kerusi negeri.

Hanya lebih sedikit daripada sedekad yang lalu pada kemuncaknya pada 2004, MCA memenangi 31 kerusi persekutuan dan 75 kerusi negeri. – 6 Jun, 2018.

Artikel penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • kalau dilihat pru sebelum2 ni pun dah boleh nampak yang mca dah tak dapat majoriti sokongan daripada kaum cina. walaupun ada perubahan yang dilakukan, tetap tak mampu nak tarik minat kaum cina utk sokong mca. mungkin sebab mca ada dalam bn kot. hehe

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan