SEORANG daripada nama besar dalam industri fesyen Amerika Syarikat, Kate Spade ditemui meninggal dunia pada Selasa di apartmennya di New York dipercayai kerana membunuh diri.
Seorang jurucakap polis mengesahkan pereka terkenal berusia berusia 55 tahun itu membunuh diri tetapi memberitahu AFP keadaan sebenar kematiannya belum lagi jelas.
Sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata Spade menggantung diri di apartmennya di Park Avenue dan meninggalkan nota bunuh diri.
Keluarga Spade berkata dalam satu kenyataan yang mereka “hancur luluh dengan tragedi hari ini” dan akan “sangat merinduinya,” meminta privasi. Spade meninggalkan suami dan seorang anak perempuan.
Penghormatan kepada Spade mencurah datang daripada selebriti, dunia fesyen dan wanita yang mengagumi gaya Amerika beliau yang unggul dan sofistikated.
Majlis Pereka Fesyen Amerika (CFDA) menyanjung tinggal hasil rekaan Spade.
“Beliau adalah bakat hebat yang mempunyai impak tidak terhingga terhadap fesyen Amerika dan cara dunia melihat aksesori Amerika,” kata kenyataan daripada Pengerusi Lembaga CFDA, Diane von Furstenberg dan CEO Steven Kolb. – AFP, 6 Jun, 2018.

Komen