PERDANA Menteri Benjamin Netanyahu pada Selasa mengatakan rancangan Iran untuk meningkatkan keupayaan pengayaan nuklearnya dengan matlamat menghasilkan senjata nuklear untuk digunakan menentang Israel.
“Dua hari lalu, Ayatollah Khamenei, pemimpin tertinggi Iran menyatakan hasratnya mahu memusnahkan Israel,” kata Netanyahu dalam video yang dimuatnaik ke media sosial.
“Semalam, dia menjelaskan bagaimana dia akan buat- dengan pegayaan uranium tidak terbatas untuk mencipta bom buklear.”
“Kami tak terkejut,” kata Netanyahu dalam video dari Paris itu, tempatnya mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron.
“Kami tak akan benarkan Iran dapat senjata nuklear.”
Iran pada Isnin memberitahu Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tentang rancangannya untuk membuka pusat pengeluaran pengempar terbaru bagi digunakan untuk pengayaan nuklear, menurut Ketua Organisasi Tenaga Atom Iran, Ali Akbar Salehi.
Salehi menegaskan yang itu tidak bermakna mereka akan mula memasang pengempar dan “tidak melanggar perjanjian (nuklear 2015)” antara Tehran dan kuasa dunia.
Di bawah perjanjian 2015 itu, Iran boleh membina bahagian pengempar selagi mana ia tidak digunakan dalam sepuluh tahun pertama.
Ahad lalu, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyifatkan Israel sebagai “barah yang semakin membesar” yang perlu dibuang.
Netanyahu melawat pemimpin Eropah untuk berbincang mengenai penglibatan Iran dalam isu rantau itu dan program nuklear, kedua-duanya dianggap negara Yahudi itu satu ancaman.
Kuasa besar Eropah bergelut mahu mempertahankan perjanjian nuklear yang dilakukan pada 2015 itu selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan penarikan AS daripada perjanjian itu. – AFP, 5 Jun, 2018.
Komen