KABINET Britain pada Selasa meluluskan pembinaan bangunan tambahan di landasan ketiga di Lapangan Terbang Heathrow, London, kata Setiausaha Pengangkutan Chris Grayling.
“Kini adalah masa untuk bertindak,” kata grayling selepas mesyuarat kabinet, selepas membentangkan rancangan yang mencetuskan kontroversi itu di Parlimen.
“Keputusan ini dibuat untuk kepentingan awam,” katanya.
Projek ini mendapat pelbagai bantahan, terutamanya melibatkan alam sekitar, dan juga implikasi bagi tahap kebisingan dan gangguan daripada kerja pembinaan di barat London itu.
Setiausaha Kementerian Luar Boris Johnson, yang mewakili Uxbridge dan South Ruislip, iaitu kawasan berhampiran lapangan terbang terbabit sebelum ini menentang projek berkenaan. – AFP, 5 Jun, 2018.
Komen