SEORANG juruterbang Tentera Udara India terbunuh selepas pesawat pejuang terhempas berhampiran sempadan Pakistan, menurut pihak berkuasa.
Sanjay Chauhan dilaporkan sedang menjalankan misi latihan rutin di kawasan gurun Kutch, wilayah Gujaerat ketika nahas itu berlaku, kata pegawai tentera udara.
“Juruterbang terbabit terkorban dalam nahas itu dan kami telah mengarahkan siasatan dijalankan berhubung insiden berkenaan,” kata seroang pegawai IAF kepada AFP.
Setakat ini punca nahas membabitkan jet Jaguar itu masih belum dapat dipastikan.
Lebih 30 juruterbang terhempas di India sejak 20112, kebanyakannya berpunca daripada keadaan pesawat yang lama. Lebih 170 orang juruterbang tentera udara negara itu terbunuh dalam kemalangan sejak tiga dekad lalu, kebanyakannya membabitkan pesawat MiG era Soviet - yang turut mendaoat nama jolokan “keranda terbang”.
Pada Mei lalu, dua juruterbang terbunuh selepas pesawat buatan Rusia terhempas berhampiran sempadan China.
Hampir 160 buah jet Jaguar buatan Eropah dibeli oleh armada udara Tentera Udara India pada awal 1980an.
India melaburkan berbilion dolar dalam usaha untuk memodenkan pasukan tentera udaranya berikutan kebimbangan selepas kerjasama musuh tradisinya Pakistan dengan China. – AFP, 5 Jun, 2018.
Komen