Apandi akan disiasat jika ada laporan, kata Muhyiddin


Diyana Ibrahim

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata bekas peguam negara Mohd Apandi Ali akan disiasat jika ada laporan dibuat terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Jun, 2018.

PIHAK berkuasa akan menyiasat bekas peguam negara Mohd Apandi Ali sekiranya ada laporan yang dibuat, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata pihak berkuasa akan melihat sama ada wujud prima facie ke atas kes tersebut sebelum siasatan diteruskan.

“Kementerian Dalam Negeri kena lihat (siasatan) kalau ada pihak yang buat laporan.

“Kalau ada laporan tidak kisah ia peguam negara atau tak (kita akan siasat) dan kita kena tengok juga sama ada kes itu prima facie atau tidak,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemungkinan sama ada Apandi, yang digugurkan sebagai peguam negara selepas pelantikan Tommy Thomas, akan disiasat kerajaan.

Apandi menggantikan Abdul Gani Patail pada Julai 2015.

Pada ketika itu, kertas pertuduhan berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang disediakan oleh Gani ke atas perdana menteri waktu itu, Najib Razak. – 5 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen