Pertemuan pertama Trump-Kim pada 12 Jun


RUMAH Putih semalam berkata pertemuan pertama antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un akan diadakan pada 9 pagi di Singapura, 12 Jun ini.

“Kami sedang bersiap-sedia untuk sidang kemuncak antara presiden dan pemimpin Korea Utara pada 12 Jun ini,” kata jurucakap, Sarah Sanders.

Sanders berkata “pasukan awal” Rumah Putih - melibatkan kakitangan tentera, keselamatan, teknikal dan perubatan - sudahpun berada di Singapura.

“Mereka menyiapkan persiapan dan akan kekal di sana sehingga sidang keuncak bermula,” kata Sanders.

Tambahnya lagi, Trump mendapat taklimat setiap hari mengenai Korea Utara menjelang sidang kemuncak pertama itu.

Namun, pakar telah menyuarakan kebimbangan bahawa walaupun Trump didakwa sebagai pembuat urus janji terhebat di dunia, tidak banyak yang beliau tahu tentang Korea Utara, kawalan senjata atau diplomasi antarabangsa.

Sidang kemuncak yang sering tertunda itu dijangka akan memberi tumpuan kepada usaha Amerika Syarikat untuk memaksa Korea Utara membatalkan program nuklearnya. – AFP, 5 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen