Rakyat UK bantah import bulu haiwan


Aktivis #FurFreeBritian mengangkat sepanduk dan menunjukkan gambar yang memaparkan keadaan ladang bulu haiwan di 15 negara yang mengeksport bulu ke Britain, termasuk Perancis, Poland, Kanada dan China. – Gambar AFP, 4 Jun, 2018.

KIRA-kira 100 aktivis hak asasi haiwan berhimpun di luar bangunan Parlimen Britain pada Isnin menjelang perbahasan mengenai larangan mengimport bulu haiwan.

Aktivis #FurFreeBritian mengangkat sepanduk dan menunjukkan gambar yang memaparkan keadaan ladang bulu haiwan di 15 negara yang mengeksport bulu ke Britain, termasuk Perancis, Poland, Kanada dan China.

Ahli Parlimen akan berbahas mengenai larangan tersebut sebagai respons kepada petisyen yang ditandatangi 400,000 dan diserahkan kepada Perdana Menteri Theresa May di pejabatnya di Downing Street.

“Perladangan bulu diharamkan di England dan Wales pada 2000, diikuti Scotland pada 2002,” kata petisyen itu.

“Bagaimanapun produk bulu masih diimport secara sah dari negara-negara lain dan dijual di UK.

“Kebanyakan bulu ini dibawa dari negara-negara yang tidak mempunyai atau mempunyai undang-undang yang lemah mengenai hak asasi haiwan.” – AFP, 4 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen