PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump menegaskan beliau mempunyai kuasa untuk mengampun diri sendiri.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika siasatan berhubung dakwaan campur tangan Rusia dalam kempen Trump sedang dijalankan.
“Seperti dikatakan ramai sarjana perundangan, saya ada hak mutlak untuk mengampunkan diri sendiri, tetapi kenapa saya perlu berbuat demikian jika saya tidak melakukan apa-apa kesalahan?” katanya dalam Twitter.
Ia adalah kali pertama Trump sendiri mengakui mengenai kuasa tersebut, setelah peguamnya memberikan pandangan mengenai prerogatif presiden itu, termasuk mengenai hak pengampunan.
Peguam Trump, Rudy Giuliani, pada Ahad berkata presiden mungkin mempunyai kuasa untuk mengampunkan dirinya, tetapi akan mendatangkan kesan politik. – AFP, 4 Jun, 2018.
Komen