China siasat letupan di tadika selepas lapan terbunuh


Syot layar kejadian letupan yang dikeluarkan media kerajaan China. Pihak polis mengklasifikasikan kejadian di wilayah Jiangsu itu sebagai jenayah dan sudah mempunyai suspek. – Gambar AFP, 16 Jun, 2017.

PIHAK berkuasa China hari ini menyiasat letupan di pagar tadika sebagai jenayah selepas lapan mati dan puluhan lagi cedera dalam kejadian itu.

Media kerajaan menyiarkan imej kejadian letupan semalam di timur Xuzhou yang menunjukkan mangsa bertaburan di atas konkrit, beberapa mangsa dengan pakaian koyak manakala wanita memeluk seorang kanak-kanak yang sedang menjerit.

Menteri Keselamatan Awam Guo Shengkun mengarahkan siasatan “segera” bagi punca dan “menuntut pemeriksaan risiko di kawan yang padat dengan penduduk dipertingkatkan”, kata agensi berita Xinhua. Timbalannya dihantar ke kawasan tersebut untuk menjalankan siasatan.

Polis mengklasifikasikan kejadian di wilayah Jiangsu itu sebagai jenayah dan “sudah mempunyai suspek sasaran,” kata Xinhua.

Akhbar The Global Times dan China Youth Daily memetikan kenyataan saksi yang berkata silinder gas di sebuah kedai makan meletup.

Sesetengah pengguna media sosial Weibo berkata penggunaan kanister gas oleh gerai makanan di tepi jalan menyebabkan bahaya.

“Restoran kecil China adalah periuk api, dan setiap vendor jalanan mudah alih adalah bom yang bergerak,” tulis seorang netizen.

“Bagaimana pegawai pengurusan bandar boleh membenarkan vendor mendirikan gerai di pintu masuk sekolah dengan kanister bahan api gas?”

Sebuah kereta polis menyekat akses ke tadika awal hari ini, jauh dari tempat kejadian wartawan cuba menghampiri kawasan sekolah. Pekerja di hospital berdekatan enggan mengesahkan jika ada mangsa dirawat di sana.

Saksi terdengar letupan

Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan 65 cedera, termasuk lapan yang serius, menurut Xinhua memetik kenyataan pegawai tempatan. Dua meninggal dunia di tapak letupan dan enam semasa menerima rawatan.

Pegawai tidak menyatakan jika mangsa yang meninggal dunia adalah kanak-kanak.

Xinhua melaporkan kanak-kanak sedang meninggalkan sekolah ketika letupan berlaku, tetapi kerajaan daerah Fengxian berkata kelas sedang berjalan dan guru serta pelajar tidak menjadi mangsa.

Gambar tempat kejadian menunjukkan lebih sedozen orang di luar bangunan, ramai berbaring di atas tanah dan beberapa orang didapati tidak sedarkan diri, termasuk seorang kanak-kanak kecil.

Rakaman video yang disiarkan People’s Daily menunjukkan pekerja kecemasan tiba di tempat kejadian dengan pengusung. Sementara yang lain, menunjukkan beberapa individu berbaring di hospital.

Laporan media dalam talian menamakan pemilik kedai berhampiran tadika berkata terdengar bunyi “bang” kira-kira jam 5 petang (0900 GMT), dan mendapati letupan di pintu masuk tadika yang terletak hanya 100 meter daripada tempatnya. –  AFP, 16 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen