Asyik menari, ejen FBI tertembak kaki orang


Seorang ejen FBI yang tidak bertugas dirakamkan sedang menari di sebuah kelab malam di Colorado sebelum pistolnya tiba-tiba melepaskan tembakan ketika dia melakukan aksi lompat ke belakang. – Gambar CNN, 4 Jun, 2018.

POLIS sedang menyiasat satu insiden membabitkan ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang tidak bertugas tertembak seorang lelaki ketika sedang asyik melakukan aksi tarian lompat ke belakang di sebuah kelab malam Colorado, lapor media tempatan semalam.

Video diperoleh stesen televisyen tempatan menunjukkan ejen lelaki tinggi lampai itu, dengan sekumpulan pengunjung di sebelahnya menari penuh bersemangat sebelum melakukan aksi lompat ke belakang.

Malangnya, aksi itu menyebabkan pistolnya terjatuh daripada seluar dan gagal disambutnya sebelum senjata itu melepaskan tembakan dan terkena seorang lelaki pada bahagian kaki.

Mangsa tembakan kini dirawat di hospital dengan kecederaan tidak mengancam nyawa, kata stesen televisyen tempatan sekutu ABC.

Ejen itu dibawa ke ibu pejabat polis dan kemudian dilepaskan kepada pengawal selia FBI. – AFP, 4 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen