Agong perlu ikut 'nasihat' PM lantik peguam negara, kata Badan Peguam


Pelantikan peguam negara dan penjawat awam tertinggi negara adalah kuasa perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong perlu mengikut nasihatnya. – Gambar EPA, 4 Jun, 2018.

BADAN Peguam mengatakan ia “terkejut dan bermasalah” mengenai penangguhan pelantikan peguam negara baru.

Dalam kenyataan pagi ini, Presiden Badan Peguam George Varughese mengatakan Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat perdana menteri untuk melantik individu yang layak menjadi peguam negara.

“Selaku raja berpelembagaan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai tugas mengikut Perlembagaan untuk patuh kepada Perlembagaan Persekutuan, yang jelas menyatakan Tuanku perlu bertindak atas nasihat perdana menteri.

“Dan kerana itu Yang di-Pertuan Agong perlu melantik individu terlibat seperti mana nasihat perdana menteri, sebagai peguam negara baru dan menamatkan kemelut ini tanpa bertangguh lagi,” kata Varughese. – 4 Jun, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen