35 mayat pendatang ditemui di perairan selatan Tunisia, kata kementerian pertahanan negara itu pada Ahad.
“Setakat jam 1 petang, 35 mayat ditemui dan 68 pendatang asing diselamatkan, kata jurucakap kementerian berkenaan Rachid Bouhoula.
Kementerian dalam negeri melaporkan panggilan kecemasan pada malam Sabtu kira-kira jam 10.45 malam daripada “bot nelayan yang hampir tenggelam” dipenuhi pendatang asing.
Warga Tunisia dan tujuh pendatang asing antara yang terselamat dalam kejadian itu, termasuk warganegara Ivory Coast, Morocco dan Cameroon, kata jurucakap kementerian pertahanan.
“Pengawal pantai dan tentera laut meneruskan operasi mencari dengan bantuan pesawat tentera,” kata kementerian dalam negeri dalam satu kenyataan.
“Unit pengawal pantai Sfax dan tentera laut menuju ke arah bit terbabit yang berada dalam lima batu nautika daripada pulau Kerkennah dan 16 batu nautika daripada bandar Sfax,” tambahnya.
Warga Tunisia dan pendatang asing kebiasaannya cuba mengharungi laut Meditereanean untuk mencari kehidupan yang lebih baik di Eropah, namun ketibaannya memuncak pada bulan lalu.
Menurut badan bukan kerajaan, peningkatan itu disebabkan oleh kekecewaan generasi muda yang berdepan masalah pengangguran.
Pada Oktober, pelanggaran antara bot pendatang asing dan kapal tentera laut Tunisia menyebabkan 44 orang terbunuh dalam insiden yang disifatkan oleh perdana menteri Youssef Chahed sebagai “bencana negara”.– AFP, 3 Jun, 2018.
Komen