TRAFIK udara di lapangan terbang yang kelima paling sibuk di dunia di Hamburg, Jerman terpaksa dihentikan pada Ahad kerana masalah terputus bekalan elektrik yang berpunca daripada litar pintas, kata jurucakapnya.
“Kami bekerja dengan sepantas mungkin untuk mengatasi masalah ini,” kata jurucakap berkenaan kepada AFP.
Penumpang diminta membuat semakan dengan syarikat penerbangan sebelum menuju ke lapangan terbang, yang mana dua terminalnya dikosongkan berikutan masalah itu yang bermula kira-kira jam 8 pagi.
Lapangan terbang Hamburg mempunyai 200 penerbangan masuk dan keluar pada hari Ahad dan memberi perkhidmatan kepada lebih 17 juta penumpang setiap tahun.– AFP, 3 Jun, 2018.
Komen