PERTUBUHAN Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar semua penduduk di Mali selepas ramai yang tercedera dalam protes pembangkang di Bamako, yang menggesa perdana menterinya meletak jawatan.
Pembangkang berkata, 30 orang dilaporkan dirawat di hospital - termasuk pemimpin pembangkang terkenal Etienne Fabaka Sissoko yang dilaporkan koma, selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan menggunakan “peluru hidup” ke arah pemprotes pada Sabtu.
Kerajaan bagaimanapun tidak menyatakan berapa ramai yang cedera namun berkata terdpaat anggota polis yang mengalami kecederaan di kepala.
Tindakan polis adalah perlu bagi “menghalang sebarang perhimpunan yang menganggu ketenteraman awam”, kata menteri keselamatan.
“Ketelusan” perhimpunan di luar ibu pejabat Presiden Ibrahim Boubacar Keita menarik perhatian beberapa ratus orang.
Polis menembak gas pemedih mata dan bertindak membelasah penunjuk perasaan dengan belantan, menurut laporan wartawan AFP di lokasi. – AFP, 3 Jun, 2018.
Komen