ARAB Saudi semalam menahan 17 individu kerana “melemahkan” keselamatan kerajaan, yang disifatkan sebagai tindakan keras terhadap aktivis oleh beberapa pihak beberapa minggu sebelum tamatnya tempoh pengharaman memandu bagi wanita.
Kumpulan hak asasi terdahulu sebelum ini melaporkan penangkapan sekurang-kurangnya 11 individu bulan lalu, yang kebanyakannya dikenali berkempen bagi hak wanita untuk memandu dan menamatkan sistem penjagaan lelaki di negara Islam yang konservatif itu.
Tanpa menamakan sesiapa pun, pejabat pendakwa raya berkata jumlah tahanan kini seramai 17 orang, sambil menambah lapan daripada mereka “dibebaskan sementara” sehingga siasatan selesai.
Sembilan suspek, termasuk empat wanita, masih dalam tahanan selepas “mengaku” beberapa pertuduhan seperti hubungan mencurigakan dengan organisasi “musuh” dan merekrut orang dalam keadaan kerajaan yang sensitif, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Media Arab Saudi.
Kenyataan itu menuduh tahanan dengan “aktiviti yang dibertujuan melemahkan keamanan dan kestabilan kerajaan”.
Laporan terdahulu dalam media yang disokong oleh kerajaan melabel beberapa tahanan sebagai pengkhianat dan “agen kedutaan”.
Pihak aktivis menolak laporan itu sebagai usaha menjejaskan kempen.
Tindakan keras itu juga mencetuskan kecaman kritikan global, membayangi usaha liberalisasi kerajaan yang diusahakan oleh Putera Mahkota Mohammed Salman.
Mereka berusaha untuk memecah sekatan sekian lama terhadap wanita dan pencampuran antara jantina, dengan larangan memandu berdekad lamanya kepada wanita yang dijadualkan berakhir 24 Jun.
Parlimen Eropah minggu lalu meluluskan resolusi yang menggesa pembebasan tanpa syarat terhadap aktivis yang ditahan dan pembela hak asasi manusia yang lain, sambil menggesa sambutan lebih bersemangat dari negara-negara Kesatuan Eropah.
“Gangguan terhadap aktivis hak wanita di Arab Saudi yang tidak berkesudahan ‘tidak boleh dibiarkan, dan dunia tidak boleh berdiam diri atas penindasan pembela hak asasi manusia di negara ini,” kata Samah Hadid, pengarah kempen Amnesty International Timur Tengah, minggu lalu.
“Sekutu Arab Saudi - terutama AS, UK dan Perancis - mesti menegah pihak berkuasa Arab Saudi untuk menamatkan penindasan sasaran mereka terhadap aktivis hak asasi manusia di negara ini.” – AFP, 3 Jun, 2018.
Komen