PM Pakistan disoal siasat agensi anti rasuah


Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif bertemu pasukan tindakan khas rasuah yang menyiasat penglibatannya dalam korupsi seperti didedahkan Kertas Panama tahun lepas. – Gambar AFP, 15 Jun, 2017.

PERDANA Menteri Pakistan Nawaz Sharif menghadap suruhanjaya siasatan anti korupsi negara itu hari ini dalam siasatan kes yang sedang dilakukan susulan pembocoran Kertas Panama tahun lepas, situasi yang dilihat boleh mengancam kedudukannya sebagai pemimpin negara itu.

Kontroversi yang tercetus selepas penerbitan 11.5 juta dokumen rahsia daripada firma perundangan Mossack Fonseca, Panama itu mempunyai butiran urus niaga syarikat pesisir pantai ramai tokoh kaya dan berkuasa dunia.

Tiga daripada empat anak Sharif- anak perempuan yang juga waris politiknya Maryam, dan anak lelakinya Hasan dan Hussein- terlibat dalam pendedahan itu.

April lalu, Mahkamah Agung Pakistan memberitahu yang tidak ada bukti mencukupi untuk menyingkirkan Sharif daripada jawatan tetapi mengarahkan pembentukan Pasukan Siasatan Bersama (JIT) untuk menyiasat dakwaan itu.

JIT memanggil Sharif minggu lepas untuk “menghadap JIT dan membawa semua dokumen berkaitan”.

Perdana menteri itu tiba ditemani adik lelakinya Shahbaz Sharif, ketua menteri di daerah Punjab, Pakistan dan rakan lain di ibu pejabat pasukan siasatan itu di Islamabad.

Rasuah dan bentuk lain salah guna kuasa membarah di Pakistan apabila negara itu berada di kedudukan 116 daripada 178 negara dunia menurut Transparency International pada 2017.

JIT dianggotaio pasukan anti korupsi, bersama-sama dengan pegawai agensi perisikan dalam negeri Pakisatan serta pegawai kementerian perisikan.

Antara dakwaan yang dihadapi keluarga Sharif ialah legitimasi dana yang digunakan untuk membeli hartanah mewah di London melalui syarikat pesisir pantai.

Sharif dan partinya PML-N menegaskan yang kekayaan itu diperolehi melalui cara sah, melalui perniagaan keluarganya di Pakistan dan negara Teluk. – AFP, 15 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen