RIBUAN rakyat Palestin menghadiri upacara pengebumian seorang doktor wanita pada Sabtu, yang terbunuh dalam serangan keganasan yang didalangi tentera Israel di sempadan selatan Gaza.
Razan al-Najjar, 21, sukarelawan di Kementerian Kesihatan Gaza, ditembak di bahagian dada dekat Khan Yunis pada Jumaat.
Penduduk Gaza mengadakan protes sempadan sejak 30 Mac, menuntut agar rakyat Palestin dibenarkan untuk kembali semula ke tanah yang pernah diduduki mereka sebelum dibuang sewaktu perang 1948 di tengah-tengah pembentukan negara Israel. – AFP, 2 Jun, 2018.
Komen