Serangan diketuai AS bunuh 12 orang awam di Hasakeh


Sekurang-kurang 12 orang awam, dari ahli keluarga yang sama, terbunuh dalam serangan yang dilancarkan pasukan gabungan yang diketuai AS terhadap pengganas Daesh di timur laut Syria, kata seorang pemerhati pada Sabtu. – Gambar AFP, 2 Jun, 2018.

SEKURANG-kurang 12 orang awam sekeluarga terbunuh dalam serangan yang dilancarkan pasukan gabungan yang diketuai AS terhadap pengganas Daesh di timur laut Syria, kata seorang pemerhati pada Sabtu.

“Serangan udara dan tembakan artileri (pada malam Jumaat) oleh gabungan antarabangsa itu ke atas perkampungan Hidaj, yang dikawal Daesh di selatan wilayah Hasakeh, meragut sekurang-kurang 12 nyawa,” kata pemantau hak asasi manusia Syria yang berpangkalan di Britian.

Orang awam yang terbunuh - termasuk dua wanita dan anak-anak mereka - adalah daripada keluarga yang sama, tambahnya.

Angka kematian mencecah 20 orang awam dalam tempoh 24 jam serangan di timur Sungai Euphrates, kata pemantau hak asasi manusia itu lagi, yang bergantung sepenuhnya kepada rangkaian sumber di seluruh Syria untuk laporannya. – AFP, 2 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen