Kemudahan tentera di Laut China Selatan, AS tuduh China 'ugut' negara jiran


Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis melahirkan kebimbangan dengan pertambahan kemudahan ketenteraan China di Laut China Selatan. – Gambar fail EPA, 2 Jun, 2018.

PEMBINAAN kemudahan militari China di Laut China Selatan dan penggunaan sistem senjata terkini di kawasan yang menjadi pertikaian bertujuan untuk mengugut dan menakut-nakutkan negara jiran, kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis pada Sabtu.

Bercakap pada sidang kemuncak keselamatan berprofil tinggi di Singapura, ketua Pentagon itu juga berkata tentera AS terus menyokong diplomat yang inginkan Semenanjung Korea yang “lengkap, dapat ditentusahkan dan tidak boleh ditarik balik”.

Mattis berkata Beijing mengerahkan beberapa perkakasan ketenteraanya - termasuk peluru berpandu anti-kapal dan peluru berpandu surface-to-air - di seluruh Laut China Selatan, lokasi pembinaan struktur dan tapak tentera di pulau buatan serta ciri-ciri maritim lain sebagai kemudahan tentera di seluruh Laut China Selatan.

Beijing juga mendaratkan pesat pengebom di Pulau Woody di Kepulauan Paracel.

“Walaupun dakwaan China sebaliknya, penempatan sistem senjata ini terikat secara langsung kepada penggunaan ketenteraan untuk tujuan intimidasi dan paksaan,” kata Mattis pada Dialog Shangri-La. – AFP, 2 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen