AS tutup pelabuhan selepas ancaman bom


Pelabuhan di Carolina Selatan itu ditutup selepas ancaman bom wujud mendakwa sebuah kapal membawa bom dari Pakistan. – Gambar AFP, 15 Jun, 2017.

UNIT pengesan bom sedang menyiasat “potensi ancaman” dalam sebuah kontainer yang berada di sebuah kapal kargo di pelabuhan Charleston, Carolina Selatan, kata pegawal pantai Amerika Syarikat lewat malam semalam.

Terminal menempatkan kapal itu, Maersk Memphis, sudah dikosongkan sementara pihak berkuasa mengesahkan ancaman itu.

“Zon selamat 1 batu nautika sudah diwujudkan di sekeliling kapal sementara pihak berkuasa menyiasat ancaman itu,” kata pengawal pantai menerusi Twitter.

Tindakan itu diambil selepas dakwaan seorang “ahli teori konspirasi” tentang ancaman di Memphis melalui YouTube, jurucakap Pengawal Pantai Lt. James Zorn kepada media tempatan.

Seorang lelaki bernama George Webb mendakwa Memphis membawa “bom kotor” selepas mengambil muatan di Pakistan.

Bagaimanapun tiada bukti kukuh kepada ancaman itu, tambah Zorn.

Ancaman itu berlaku sekitar jam 8 malam waktu tempatan, kata pengawal pantai. – AFP, 15 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen