AMERIKA Syarikat (AS) semalam menggunakan kuasanya vetonya menentang resolusi draf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disokong oleh negara Arab yang menyeru langkah melindungi rakyat Palestin tetapi gagal mendapat sebarang sokongan bagi teksnya yang mengutuk Hamas berhubung kekerasan di Gaza.
Dua undi yang gagal di Majlis Keselamatan itu berlaku beberapa jam selepas seorang wanita muda Palestinditembak mati oleh askar Israel berhampiran pagar sempadan Gaza.
Sekurang-kurangnya 123 orang Palestin dibunuh dalam kejadikan tembakan tentera Israel sejak protes bermula pada akhir Mac. Tidak ada rakyat Israel yang terbunuh.
Duta AS Nikki Haley mengumumkan “kini sudah jelas sekali PBB berat sebelah terhadap Israel,” kata ahli majlis “bersedia menyalahkan Israel, tetapi tidak mahu menyalahkan Hamas.”
Sepuluh negara, termasuk China, Perancis dan Rusia mengundi memihak draf yang dikemukakan oleh Kuwait bagi pihak negara Arab. Empat negara - Britain, Ethiopia, Belanda dan Poland - berkecuali.
Duta Kuwait, Mansour al-Otaibi berkata veto AS “akan meningkatkan rasa kecewa di kalangan rakyat Palestin”, meneruskan keganasan dan “menyuburkan sentimen kebencian dan ekstremisme.”
Teks yang didraf oleh Kuwait menggesa “langkah-langkah untuk menjamin keselamatan dan perlindungan” orang awam Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki, dan meminta laporan PBB mengenai cadangan untuk “mekanisme perlindungan antarabangsa”.
Haley memberitahu majlis langkah itu “tidak tepat dalam mengkategorikan kejadian yang berlaku baru-baru ini di Gaza” dengan mengutuk Israel kerana tindakan ganasnya dan gagal menyentuh mengenai Hamas, yang memerintah Gaza.
“Kumpulan pengganas Hamas adalah pihak utama yang bertanggungjawab terhadap keadaan kehidupan yang mengerikan di Gaza,” katanya kepada majlis. – AFP, 2 Mei, 2018.
Komen