AS dakwa bunuh 12 militan Somalia dalam serangan udara


Tentera Somalia dan Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap kumpulan militan Shabaab pada Jumaat lalu. – Gambar fail EPA, 2 Mei, 2018.

SERANGAN udara Amerika Syarikat (AS) di Somalia membunuh 12 militan dari Shabaab, sekutu Al-Qaeda yang melancarkan serangan berkala terhadap sasaran di negara Afrika, kata Komando AS Afrika pada Jumaat.

Ia berkata pasukan AS melakukan serangan pada Khamis bersama pemerintahan Somalia kira-kira 30 batu (48 kilometer) barat daya Mogadishu.

Shabaab dipaksa keluar dari ibu kota Somalia pada 2011, dan seterusnya dari bandar dan pekan lain, oleh tentera daripada Misi Kesatuan Afrika di Somalia (AMISOM).

Bagaimanapun, pihak militan masih menguasai sebahagian besar kawasan pedalaman. Mereka melancarkan serangan senjata api dan bom kepada kerajaan, tentera dan orang awam di Mogadishu serta serangan hendap terhadap konvoi dan pos tentera.

Komando Somalia sering menjalankan operasi bersama tentera Amerika yang melatih mereka. Serangan udara dan peluru berpandu meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Ini adalah serangan ke-11 pihak Amerika terhadap Shabaab sejak awal tahun ini. – AFP, 2 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen