Kerana cinta, saya dihukum, kata isteri pemenang hadiah Nobel


Lio Xiaobo, veteran protes Tiananmen Square 1989, meninggal dunia pada tahun lalu semasa menjalani hukuman penjara selama 11 tahun kerana tindakan 'subversif', menjadikan beliau pemenang Nobel pertama mati dalam tahanan sejak era Nazi Jerman. – Gambar AFP, 1 Jun, 2018.

Liu Xia, balu pemenang hadiah Nobel Liu Xiaobo, merasakan perasaan cinta terhadap suaminya seolah-olah satu tindakan “jenayah”, sehingga menyebabkan dia dikenakan “hukuman seumur hidup”, menurut rakaman audio yang dikeluarkan pada Jumaat.

Liu Xia, 57, dikenakan tahanan rumah - walaupun tidak berdepan sebarang dakwaan - sejak suaminya dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan pada 2010, satu langkah yang mendatangkan kemarahan Beijing.

Lio Xiaobo, veteran protes Tiananmen Square 1989, meninggal dunia pada tahun lalu semasa menjalani hukuman penjara selama 11 tahun kerana tindakan “subversif”, menjadikan beliau pemenang Nobel pertama mati dalam tahanan sejak era Nazi Jerman.

Lui Xia dikenakan sekatan dan pengawasan, walaupun pihak berkuasa China menegaskan bahawa dia adalah seorang yang bebas.

Dalam satu perbualan telefon penuh emosi dengan rakan rapatnya yang merupakan penulis Liao Yiwu minggu lepas, Liu Xia berkata, “mereka patut tambah satu rangkap ayat dalam Perlembagaan: ‘Mencintai Liu Xiaobo adalah jenayah berat - ia adalah hukuman seumur hidup’”.

“Mereka akan terus awasi saya kerana mahu saya meneruskan hukuman Xiaobo,” kata Liu dalam keadaan teresak-esak.

“Saya mahu lihat sejauh mana tindakan kejam mereka dan betapa tidak malunya mereka terhadap perbuatan mereka; Saya mahu melihat bagaimana peritnya hidup di dunia ini.”

Lioa pada Jumaat mengeluarkan satu rakaman perbualan panggil telefon menerusi laman web yang perpangkalan di AS China Change. – AFP, 1 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen