SEORANG jurubank Vietnam dihukum dipenjara selama 30 tahun dan didenda sebanyak $700 juta atas tuduhan penyelewengan dan salah laku, kata laporan hari ini.
Kempen anti-rasuah yang dijalankan negara itu menyaksikan kejatuhan puluhan bank, ahli perniagaan dan pegawai tinggi yang biasanya dilindungi daripada hukuman keras dan keaiban di negara yang mengamalkan sistem satu parti dan terkenal korup itu.
Kerajaan berkata ia komited untuk membasmi rasuah dan meningkatkan reputasinya, sementara pengkritik mendakwa pemimpin komunis konservatif itu turut menyasarkan musuh politik dalam proses itu.
Hua Thi Phan, bekas penasihat kanan berusia 71 tahun lembaga TRUSTBank, disabitkan bersalah kerana menyebabkan kerugian sebanyak $700 juta kepada bank itu, menurut akhbar undang-undang Ho Chi Minh City.
Phan, yang tidak menghadiri perbicaraan itu ekoran masalah kesihatan, meraih $278 juta dengan cara menjual hartanah kepada bank pada harga yang tinggi, kata laporan itu pada Jumaat. – AFP, 1 Jun, 2018.
Komen