Wee sifatkan dirinya 'bertuah' menang PRU14


Bede Hong Liow Sze Xian

APABILA sidang Parlimen disambung semula bulan ini, Wee Ka Siong akan menjadi seorang tokoh paling sunyi di Dewan Rakyat.

Timbalan presiden MCA itu mempertahankan Ayer Hitam dengan majoriti tipis 303 undi, menewaskan pencabarnya Liew Chin Tong, yang merupakan pengerusi DAP Johor.

Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight, Wee berkata beliau “bertuah” kerana menang dalam pilihan raya, dan tidak berselindung tentang tugas berat yang dipikulnya untuk membina semula MCA, yang menyaksikan kekalahan teruk apabila memenangi hanya satu kerusi berbanding sembilan kerusi dalam pilihan raya lepas.

“Itu adalah keputusan rakyat,” kata bekas menteri itu di pejabatnya di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur.

Berikut adalah petikan wawancara penuh:

S: Menurut anda, ketidakpuashatian apakah yang mendorong pengundi untuk tidak mengundi Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan kekalahan gabungan itu. 

J: Kos hidup adalah isu utama. Mereka tidak tahan tekanan. Mereka merasakan kuasa beli mereka berkurang dan harga terus meningkat. Dengan pelaksanaan GST, kami tidak dapat mengawal dengan baik apabila ada peniaga cuba mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga berangan dan mereka menyalahkan kerajaan. – 1 Jun, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen