PENTAGON pada Khamis memberi amaran kepada Presiden Syria Bashar al-Assad supaya tidak meneruskan serangan ganas terhadap pemberontak Kurdish yang menyokong kawasan timur laut negara itu yang disokong Amerika Syarikat
“Mana-mana pihak yang berkepentingan di Syria perlu memahami menyerang Pasukan Keselamatan AS atau sekutu kami adalah tindakan yang buruk,” kata Leftenan Jeneral Kenneth Mckenzie pada sidang media.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Assad memberitahu stesyen penyiaran Rusia, RT yang beliau tidak teragak-agak menggunakan tentera untuk mengambil kembali satu pertiga kawasan negara itu yang dikawal Pasukan Demokratik Syria (SDF).
“Satu-satunya masalah yang wujud di Syria adalah SDF,” katanya menambah yang beliau nampak “dua pilihan.”
“Pertama: kami mula buka pintu rundingan. Kerana majoriti mereka orang Syria, sepatutnya mereka sayangkan negara mereka, mereka tak suka jadi boneka kuasa asing,” kata Assad.
“Kita ada satu pilihan, untuk hidup bersama sebagai orang Syria. Jika tidak, kami terpaksa…membebaskan kawasan itu dengan kekerasan.”
Jurucakap Pentagon, Dana White kemudian menjelaskan yang AS tidak mahu terlibat dalam Perang Saudara di Syria dan hanya menawarkan perlindungan di mana SDF sedang berjuang memerangi kumpulan pengganas, IS.
SDF didominasi oleh militia yang mengisytiharkan pentadbiran autonomi Kurdish disokong AS dalam kerjasama tentera memerangi IS serta pasukan khas tentera darat AS dan Perancis.
SDF dan tentera Syria disokong Rusia terlibat dalam operasi berasingan menentang IS di timur Syria yang mewujudkan suasana tegang.
SDF bertempur dengan tentera Syria beberapa kali dan mengebom tentera kerajaan dan sekutu mereka. – AFP, 1 Jun, 2018.
Komen