Perancis beritahu AS tarif importnya ‘haram’, akan bertindak sewajarnya


Tarif import besi dan keluli baru dikeluarkan AS menerima kecaman banyak negara, yang bimbang ia akan memberi kesan kepada perdagangan bebas dunia. – Gambar EPA, 1 Jun, 2018.

EMMANUEL Macron memberitahu Donald Trump lewat Khamis yang tarif import besi dan keluli dari Kesatuan Eropah adalah “haram” dan EU akan bertindak dengan “cara tegas dan bersesuaian”, kata Elysee Palace.

Presiden Perancis itu yang mempunyai hubungan baik dengan Trump bercakap dengannya menerusi telefon, mendesak presiden AS itu turut serta dalam rundingan dengan EU, China dan Jepun untuk mengukuhkan peraturan dalam Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). – AFP, 1 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen