KERAJAAN pentadbiran Dr Mahathir hari ini berkata, ia tidak akan mencapai semua janji 100 harinya, berikutan situasi kewangan negara sekarang.
Menteri kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan akan mampu memenuhi janji 100 hari apabila kewangan negara berada dalam keadaan yang lebih baik.
“Sebagaimana yang kita mahu melaksanakan semua 100 hari janji, kerajaan ini bertanggungjawab secara fiskal dan tidak akan mengikuti contoh kerajaan sebelum ini mengenai fiskal yang hampir pasti akan membawa negara ke arah kebankrapan,” kata Lim pada sidang media yang diadakan di kementeriannya di Putrajaya hari ini.
“Kerajaan terus komited dalam melaksanakan janji manifesto kami apabila situasi kewangan mengizinkan.”
Dalam janji pilihan Pakatan Harapan antara lain, berjanji untuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), memperkenalkan semula subsidi petrol dan mengkaji semula projek mega, dalam tempoh 100 hari selepas memenangi kerajaan persekutuan.
GST akan dikurangkan pada kadar 0% bermula esok manakala subsidi petrol diperkenalkan semalam. Putrajaya turut menghapuskan larangan ke luar negara kepada lebih 40,000 peminjan PTPTN.
Ia turut mengkaji semula beberapa projek mega, termasuk menghentikan projek stesen Kereta Api Laju (HSR) menghubungkan Malaysia dan Singapura.
Kerajaan masih berusaha untuk menghapuskan hutang yang tidak perlu ke atas peneroka Felda, memperkenalkan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah dan menetapkan kadar gaji minimum kepada majikan di seluruh negara.
Lim bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tarikh akhir untuk memenuhi janji lain. – 31 Mei, 2018.
Komen